Pular para o conteúdo principal

Messi enggan menyerah

LIONEL MESSI - AFP
LIONEL MESSI - AFP
BRAZIL - Lionel Messi bertekad untuk melanjutkan kariernya di pentas antarabangsa selepas gagal menjulang trofi kejohanan utama bersama Argentina apabila tersingkir daripada saingan Copa America.
Bintang Bracelona itu pernah mencipta kejutan apabila bersara daripada skuad kebangsaannya selepas tumpas di pentas final Copa America 2016 berkata dia tidak mempunyai perancangan untuk menggantung but setelah tumpas 0-2 kepada Brazil di peringkat separuh akhir Copa America.
“Jika saya boleh memberi pertolongan dalam apa cara sekali pun, saya akan terus berjuang. Saya fikir ini adalah pasukan yang bagus.
“Melihat kepada bakat yang dipamerkan oleh pemain bersama skuad kebangsaan, ini pasukan yang bagus.
“Mereka ada masa depan yang cerah dan asas yang kukuh cuma masih memerlukan masa,” kata pemenang Ballon d’Or lima kali itu.
Messi masih berpeluang untuk menebut kekecewaannya dalam kejohanan yang sama tahun depan apabila dianjurkan di Argentina dan Colombia dengan Piala Dunia 2022 di Qatar.
Dalam pada itu, jurulatih Argentina, Lionel Scaloni menegaskan skuad baharunya itu mempunyai masa depan yang cerah meskipun sudah tersingkir.
“Tanpa ragu-ragu, hari ini kami menunjukkan imej masa depan pasukan dengan perjalanan yang masih jauh untuk ditempuh.
“Tidak penting (kalah) sebab mereka hampir ke final namun kami perlu sedar apa yang kami lakukan hari ini adalah sesuatu yang positif,” katanya. - AFP

Comentários