LIONEL MESSI dan Gary Medel dilangkan kad merah semasa aksi penentuan tempat ketiga Copa America, awal pagi tadi.
SAO PAULO - Lionel Messi mendakwa rasuah dan pengadil menjadi perosak kepada aksi Copa America selepas dia dibuang padang ketika Argentina berjaya menamatkan saingan di kedudukan ketiga dengan menundukkan Chile 2-1.
Dalam aksi itu, pemenang Ballon d’Or lima kali itu dan kapten Chile, Gary Medel dilayangkan kad merah ketika perlawanan berbaki lapan minit sebelum waktu rehat selepas berlaku pergelutan di kawasan gol.
Rakaman televisyen menunjukkan bahawa Messi melakukan kekasaran.
“Rasuah dan pengadil membuatkan orang ramai tidak dapat menikmati bola sepak kerana mereka merosakkan permainan ini,” kata Messi.
Messi sebelum ini berang dengan keputusan pengadil yang menyaksikan Argentina tewas 0-2 dalam aksi separuh akhir menentang Brazil dengan mendakwa tuan rumah diberikan layanan istimewa.
Dalam perlawanan hari ini, Messi memukul belakang badan Medel selepas pemain pertahanan itu mengeluarkan bola dari kawasan permainan.
Berang dengan tindakan itu, Medel bertindak melagakan badannya ke arah Messi sebanyak dua kali dan membuatkan pengadil, Mario Diaz de Vivar melayangkan kad merah kepada kedua-dua kapten pasukan.
“Medel sentiasa menjaga perlakuannya, kami tidak seharusnya dilayangkan kad merah. Dia (pengadil) seharusnya menyemak dahulu rakaman videon bantuan pengadil (VAR),” kata Messi.
VAR menjadi itu besar ketika kekalahan Argentina kepada Brazil dengan Messi dan rakan sepasukannya gagal meraih dua sepakan penalti selepas pengadil ketika itu, Roddy Zambrano enggan menyemak rakaman video.-AFP
Comentários
Postar um comentário