Pular para o conteúdo principal

'Messi perlu lebih hormati Brazil'

Pemain dan barisan kejurulatihan skuad Brazil bergambar bersama

Pemain dan barisan kejurulatihan skuad Brazil bergambar bersama trofi Copa America 2019 yang dimenangi selepas menewaskan Peru 3-1 pada final semalam.
RIO DE JANEIRO - Jurulatih Brazil, Tite membidas kenyataan kapten Argentina, Lionel Messi yang menuduh penganjuran Kejohanan Copa America 2019 telah diatur untuk Brazil selepas pasukannya menjulang gelaran berkenaan dengan menundukkan Peru 3-1 pada aksi final di Stadium Maracana awal pagi semalam.
Messi menempelak Konfederasi Bola Sepak Amerika Selatan dengan menuduh mereka menerima rasuah dan mengatur perlawanan supaya kejayaan memihak kepada pasukan tuan rumah.
Penyerang Barcelona itu juga menyelar aksi separuh akhir yang menyaksikan skuad La Albiceleste itu kecundang 0-2 di tangan Brazil.
“Komen Messi sangat keterlaluan. Dia sepatutnya menghormati keputusan pengadil serta menerima hakikat bahawa pasukannya tewas.
“Beberapa permintaan atau rayuan kami turut dinafikan pengadil. Sejujurnya, saya merasakan Messi berdepan tekanan yang sangat berat berdasarkan reputasinya sebagai seorang bintang terkenal,” kata Tite.
Dalam aksi berkenaan, Brazil memperoleh tiga gol menerusi Everton, Gabriel Jesus dan Richarlison manakala Peru cuba merapatkan kedudukan menerusi Jose Paolo Guerrero.
Ini gelaran kesembilan The Selecao sejak kali terakhir memenanginya pada 2007. – Agensi.

Comentários