Pular para o conteúdo principal

Napoli ikat Ospina secara tetap

Napoli menandatangani penjaga gol Colombia, David Ospina menerusi perpindahan secara tetap dari Arsenal. - Foto Reuters

LONDON: Napoli menandatangani penjaga gol Colombia, David Ospina menerusi perpindahan secara tetap dari Arsenal selepas mengharungi tempoh pinjaman selama semusim, umum kedua-dua kelab, semalam.
Pemain berusia 30 tahun itu adalah penjaga gol paling banyak beraksi bersama skuad kebangsaan Colombia dengan 98 penampilan termasuk ketika kempen Piala Dunia 2014 dan 2018.
Dia mengharungi 70 perlawanan bersama Arsenal dan membantu kelab itu memenangi Piala FA 2017 dengan menewaskan Chelsea.
Ospina menyertai Gunners dari kelab Perancis, Nice pada 2014.
Media British melaporkan perjanjian berkenaan bernilai 3.5 juta euro (RM16.33 juta). - AFP

Comentários