
NAIB juara Serie A, Napoli mengikat penjaga gol Colombia, David Ospina secara perpindahan tetap selepas semusim beraksi secara pinjaman dari Arsenal, umum kedua-dua kelab itu semalam.
Pemain berusia 30 tahun itu penjaga gol paling banyak tampil buat Colombia dengan 98 aksi antarabangsa, termasuk Piala Dunia 2014 dan 2018.
Dia bermain 70 perlawanan bersama Arsenal, termasuk kemenangan pada final Piala FA 2017 ke atas Chelsea, selepas tiba dari kelab Perancis, Nice pada 2014.
Media Britain melaporkan perjanjian itu bernilai 3.5 juta euro (RM16.3 juta).
Comentários
Postar um comentário