
PEMAIN kebangsaan Colombia William Tesillo memberitahu wartawan dia telah diugut menerusi media sosial selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika menentang Chile dalam aksi Copa America minggu lalu sekali gus mengakhiri impian pasukannya.
Isteri Tesillo, Daniela Mejia mendedahkan paparan skrin Instagramnya mengenai mesej yang berharap suaminya senasib dengan Andres Escobar, pemain Colombia yang ditembak mati selepas menjaringkan gol sendiri pada Piala Dunia 1994.
"Mereka menghantar mesej kepada isteri saya dan dia mendedahkannya. Mereka juga menghantar pesanan sama kepada saya,” kata pemain pertahanan berusia 29 tahun itu kepada akhbar El Pais.
Sumber polis melaporkan mereka akan menyiasat ugutan melalui media sosial dtujukan kepada pemain dan keluarga mereka tetapi siasatan secara rasmi hanya akan dilakukan selepas Tesillo membuat laporan.
Bapa Tesillo memberitahu radio tempatan dia berharap peminat bola sepak tidak menghantar mesej yang boleh menjejaskan kehidupan mereka sekeluarga.
"Saya berharap mereka faham ia adalah bola sepak,” kata abang Tesillo kepada Radio Caracol.
Comentários
Postar um comentário