Pular para o conteúdo principal

Peru kejutkan Chile

BARISAN pemain Peru meraikan kejayaan menundukkan Chile 3-0 dalam
BARISAN pemain Peru meraikan kejayaan menundukkan Chile 3-0 dalam aksi separuh akhir Copa America di Gremio Arena, Porto Alegre, Brazil.- AFP
PORTO ALEGRE- Peru menyekat hajat Chile untuk mencipta sejarah dalam Copa America apabila berjaya menundukkan pasukan itu 3-0 dalam aksi separuh akhir, sebentar tadi.
Kemenangan itu menyaksikan Peru menempah pertemuan semula dengan Brazil di pentas final, Ahad ini.
Dalam perlawanan tersebut, Peru berjaya di depan pada minit ke-21 menerusi rembatan kencang pemain sayap kiri, Edison Flores dalam kotak penalti.
Pemain tengah Peru, Yoshimar Yotun menggandakan kelebihan pasukannya enam minit sebelum berakhir babak pertama untuk meletakkan pasukan bimbingan Ricardo Gareca mendahului 2-0.
Penyerang berpengalaman Peru, Jose Paolo Guerrero mengesahkan kemaraan bergaya pasukannya ke pentas final menerusi jaringan pada minit terakhir perlawanan.
Chile berpeluang mendapat gol saguhati namun Eduardo Vargas gagal menyempurnakan sepakan penalti.
Terdahulu dalam aksi peringkat Kumpulan A, Brazil mudah membelasah Peru 5-0 sekali gus menyaksikan skuad kendalian Tite berpeluang besar menjulang kejuaraan kesembilan Copa America sejak kali terakhir menjulang gelaran itu pada 2007. -AGENSI

Comentários