ALEXIS SANCHEZ
PORTO ALEGRE - Alexis Sanchez dilihat tidak berdaya untuk membantu Chile daripada tewas 0-3 kepada Peru dalam saingan separuh akhir Copa America.
Sebahagian daripada peminat Manchester United gembira dengan prestasi Sanchez dalam pertandingan itu apabila meledak dua gol dan membantu mencipta jaringan buat Chile dalam aksi menentang Jepun dan Ecuador.
Dia juga menjaringkan gol semasa penentuan penalti ketika berdepan Colombia sekali gus membuatkan peminat tertanya-tanya kenapa dia gagal beraksi cemerlang di peringkat kelab.
Bagaimanapun, Sanchez gagal memberi impak ketika bertemu Peru dan bergelut untuk mempamer aksi cemerlang.
Peru mendahului permainan menerusi Edison Flores sebelum Yoshimar Yotun menggandakan jumlah jaringan sebelum Yotun melengkapkan kemenangan Peru.
Chile memiliki sejumlah besar peluang, namun gagal disempurnakan dan nasib bertambah malang apabila sepakan penalti panenka Eduardo Vargas berjaya diselamatkan.
“Peru berman dengan baik dan mereka layak ke final. Memang sangat menyakitkan terutama ketika awak sangat memerlukan kejuaraan.
“Kami ada peluang di separuh masa kedua tetapi gagal menyudahkannya dengan baik,” kata pemain tengah Chile, Gary Medel.-AGENSI
Comentários
Postar um comentário