Pular para o conteúdo principal

Sukar nak ulangi pesta gol - Casemiro

PEMAIN Brazil, Dani Alves (kiri) dan Casemiro (kanan) meraikan kejayaan mara ke final Copa America menentang Peru. - Foto 
RIO DE JANEIRO: Pemain tengah Brazil, Casemiro mengingatkan peminat tuan rumah kemenangan besar 5-0 terhadap Peru sukar untuk diulangi ketika kedua-duanya bertemu di final Copa America, awal pagi Isnin ini.
Casemiro membuka tirai jaringan pada aksi terakhir Kumpulan A itu yang menjadi hari ingin dilupakan penjaga gol Peru, Pedro Gallese yang turut bersalah terhadap jaringan kedua Brazil disumbatkan Roberto Firmino sebelum terus melakukan kesilapan dan dihukum Everton.
Derita Peru bertambah apabila melepaskan dua lagi gol pada babak kedua menerusi Dani Alves dan Willian sebelum Gallese menebus maruahnya dengan menyelamatkan sepakan penalti Gabriel Jesus.
“Ia perlawanan final, kami tidak menjangkakan pesta gol,” kata Casemiro yang juga pemain Real Madrid. “Harapnya ia seperti itu, tetapi kamu sedar ia tidak akan terjadi, ia pasti sukar dan mereka melakukan persiapan untuk mengharungi perlawanan final yang penting.
“Mereka juga mahu memenangi kejohanan ini sama seperti kami, menerusi penalti, tambahan masa, dan kami juga mahu menang, bermain dengan baik, menjaringkan gol dan menjadi juara.”
Pertahanan Brazil, Marquinhos bersetuju dengan pendapat rakan sepasukannya itu dan menambah Peru pasti bertambah kuat apabila mereka beraksi di Stadium Maracana.
“Kami bermain menentang Peru dalam situasi yang berbeza sebelum ini dan kini situasi ketika ini jelas berbeza,” kata pemain Paris Saint-Germain itu. “Kami perlu faham yang banyak kerja keras diperlukan. Final adalah perlawanan yang unik.”
Peru yang tidak diletakkan sebagai pilihan jelas berubah selepas menyingkirkan Uruguay menerusi penentuan penalti sekali pun diselamatkan oleh Video Bantuan Pengadil (VAR).
Tetapi bertemu penyandang juara, Chile di peringkat empat terbaik, Peru jelas mendominasi permainan sebelum melakar kemenangan 3-0. - AFP

Comentários