Pular para o conteúdo principal

Tite istimewa buat Brazil - Alves

PEMAIN Brazil, Dani Alves menjulang trofi Pemain Terbaik Copa
PEMAIN Brazil, Dani Alves menjulang trofi Pemain Terbaik Copa Amerika selepas membantu pasukannya menewaskan Peru dalam saingan akhir, awal pagi tadi. - AFP
RIO DE JANEIRO - Kapten Brazil, Dani Alves akui pengendali pasukannya, Tite telah memberikan impak besar sehingga membolehkan mereka menjulang kejuaraan Copa Amerika buat kali kesembilan pada awal pagi tadi.
Dalam saingan akhir tersebut Brazil berjaya menewaskan Peru dengan keputusan 3-1 di Stadium Maracana.
“Bagi kami dia (Tite) adalah kapten kepada kapal ini.
“Tahniah kepada kami dan Brazil.
“Sekali lagi, saya mengucapkan tahniah kepada barisan kejurulatihan pasukan kerana membantu Brazil mencapai tahap ini.
“Bagi kami kemenangan di Maracana sangat istimewa kerana ini adalah rumah kami,” katanya. - AGENSI

Comentários