RIO DE JANEIRO - Pengendali Brazil, Tite berikrar untuk terus bersama pasukan itu walau apa juga keputusan yang diraih dalam aksi final Copa America menentang Peru, sekali gus menafikan dakwaan dia mahu meninggalkan jawatannya.
Tite memberikan jawapan ringkas semasa sidang akhbar menjelang aksi final yang menyaksikan Brazil sedang memburu kejuaraan utama selepas 12 tahun.
“Saya memiliki kontrak sehingga 2022 dan saya akan menghormatinya,” kata pengendali berusia 58 tahun itu.
Khabar angin itu tersebar selepas terdapat dakwaan menyatakan dia tidak berpuas hati dengan beberapa kakitangan pasukan yang sudah atau akan meninggalkan pasukan itu selepas Copa America.
TITE akan terus menghormati kontraknya dan akan kekal bersama Brazil hingga 2022 walaupun terdapat khabar angin yang menyatakan dia akan meninggalkan pasukan itu selepas tamat aksi Copa America.
“Kritikan tidak bermaksud awak membenci individu itu, kritikan adalah perbezaan pendapat.
“Saya pertikaikan maklumat yang salah. Apabila awak komen berdasarkan maklumat yang salah, ia bermaksud awak tidak kompeten atau ada maksud tersirat,” kata Tite.
Walaupun memiliki pengalaman selama 30 tahun selaku pengurus, Tite berkata, dia masih dalam proses pembelajaran.
“Saya tidak sempurna dan saya sentiasa memperbaiki diri saya setiap hari,” katanya.-AGENSI
Comentários
Postar um comentário