Pular para o conteúdo principal

Lionel Messi Digantung Tiga Bulan Dari Perlawanan Antarabangsa


Kerana mulut badan binasa. Itulah perumpamaan paling sesuai untuk mengisahkan nasib Lionel Messi.
Pemain bola sepak terkenal dunia dari Argentina, Lionel Messi telah menerima padah apabila digantung tiga bulan untuk sebarang perlawanan antarabangsa.
Punca

TOPSHOT – Paraguayan referee Mario Diaz de Vivar shows the red card to Argentina’s Lionel Messi and Chile’s Gary Medel as they have a physical encounter during the Copa America football tournament third-place match at the Corinthians Arena in Sao Paulo, Brazil, on July 6, 2019. (Photo by EVARISTO SA / AFP) (Photo credit should read EVARISTO SA/AFP/Getty Images)
Ia berpunca daripada kritikan Messi terhadap CONMEBOL selepas dilayangkan kad merah dalam perlawanan penentuan tempat ketiga Copa America tempoh hari. Argentina menentang Chile pada perlawanan tersebut.
Messi dilayangkan kad merah selepas bertengkar dengan Gary Medel dari pasukan lawan. Argentina menewaskan Chile melalui skor 2-1 di mana Sergio Aguero dan Paulo Dyabla menyumbangkan gol untuk Albicelestes.
Messi menggelar CONMEBOL itu sebagai korup. Malah, beliau menyelar organisasi itu melebih-lebihkan Brazil untuk menjadi johan Copa America edisi 2019. Kebetulan, Brazil menjadi tuan rumah untuk kejohanan kali ini.
Kerana mulut lancangnya itu, Messi turut didenda dengan USD50,000. Penggantungan ini bermula pada 3 Ogos.
Penggantungan ini dijadualkan akan berakhir pada 90 hari kemudian. Tarikh akhir penggantungan ini pada 1 November 2019.
Terlepas
Walau bagaimanapun, masih tidak ada laporan mengatakan Messi berpeluang membuat rayuan atau sebaliknya. Jika Messi dan pengurusan AFA melihat tindakan itu tidak adil, mereka boleh merujuk kepada sama ada FIFA atau CAS.
AFA nampaknya terpaksa bersedia untuk beberapa perlawanan persahabatan tanpa kelibat Messi.
Dikhabarkan pasukan yang akan beradu tenaga menentang Argentina ialah Chile, Mexico dan Jerman. Messi berpeluang beraksi dalam pusingan kelayakan Piala Dunia 2022.
Jika tidak, Messi pertimbangkanlah untuk bersara. Dan Argentina perlu belajar tanpa Messi.

Comentários