Pular para o conteúdo principal

Postagens

Mostrando postagens de junho, 2019

Album suku akhir Copa America: Uruguay-Peru

PEMAIN Uruguay cuba memujuk Luis Suarez (terbaring) yang tidak mampu menahan sedih selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti hingga menyebabkan pasukannya tersingkir dariapda Copa America, hari ini. - AFP SALVADOR - Juara 15 kali, Uruguay ditunjukkan jalan keluar oleh pasukan bukan pilihan, Peru dalam suku akhir Copa America selepas tewas menerusi penentuan sepakan penalti 4-5 hari ini. Kedua-dua pasukan terikat 0-0 memaksa perlawanan ditentukan menerusi penalti, yang menyaksikan Luis Suarez muncul satu-satunya pemain gagal menyempurnakan sepakan, sekali gus menghadiahkan kemenangan buat Peru. Peru akan bertemu juara bertahan, Chile dalam perlawanan akhir. Berikut adalah gambar-gambar sekitar perlawanan di Fonte Nova Arena. - AGENSI

Thiago sedia rantai Messi

Reaksi pertahanan Brazil, Thiago Silva ketika meraikan kejayaan layak ke semi final selepas menewaskan Paraguay. - Foto AFP BELO HORIZONTE, Brazil: Meskipun Lionel Messi tidak berada pada tahap terbaiknya di Copa America,  namun pertahanan Brazil, Thiago Silva enggan rakan sepasukan lalai walau seminit dalam mengawal pergerakan kapten Argentina dalam perlawanan separuh akhir awal pagi Rabu ini. “Dia pemain terbaik dunia dan masih mampu melakukan kebangkitan,” kata Silva pada sidang media awal pagi tadi menjelang pertemuan Copa pertama membabitkan kedua-dua pasukan sejak final 2007 yang menyaksikan Brazil menang 3-0. “Kami akan sentiasa memerhatikannya ketika mendapat bola dan sebaliknya. Kadangkala dia hanya kelihatan berjalan ketika perlawanan tetapi dia sentiasa mencari ruang untuk melakukan serangan balas. “Satu penghormatan dapat bersaing dengannya lagi dan kami akan cuba menghalang pergerakannya.” Setakat ini, Messi hanya menjari...

Separuh akhir Copa America 2019 akan menjadi perlawanan mesti tonton!

Separuh akhir Copa America 2019 akan menjadi perlawanan mesti tonton! Brazil vs Argentina Selasa, 2 Julai 8.30 pagi Chile vs Peru Rabu, 3 Julai 8.30 pagi #CopaAmerica #SemuanyaBOLA

Peru 🇵🇪 telah layak ke separuh akhir dari 3️⃣ dari empat edisi terakhir Copa America:

Peru telah layak ke separuh akhir dari dari empat edisi terakhir Copa America: 2011 2015 2019 #CopaAmerica #SemuanyaBOLA

Suarez meratap gagal penalti

PENYERANG Uruguay, Luis Suarez (kiri) ditenangkan kapten pasukan, Diego Godin selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti. - Foto AFP SALVADOR, Brazil: Pemain bintang Uruguay, Luis Suarez tidak dapat menahan kesedihan selepas kegagalannya menyempurnakan sepakan penalti sekali gus menyaksikan Peru mara ke separuh akhir Copa America dengan kemenangan 5-4 pagi tadi untuk menempah pertembungan dengan penyandang juara, Chile, Rabu ini. Sepakan penalti Suarez diselamatkan penjaga gol Peru, Pedro Gallese sekali gus menyingkirkan juara 15 kali itu pada perlawanan yang turut menyaksikan tiga gol dibatalkan dan aksi sepenuh masa tamat tanpa jaringan. Suarez mensia-siakan sepakan penalti pertama itu apabila percubaannya melantun ke dada Gallese untuk melengkapkan malam penuh kecewa buat penjaring terbanyak sepanjang zaman Uruguay itu yang jaringannya turut dibatalkan kerana ofsaid. Semua pemain lain menyempurnakan sepakan penalti mereka dan Edison Flores...

Gallese bawa Peru ke separuh akhir lawan Chile

PENJAGA gol Peru, Pedro Gallese meneyelamatkan sepakan penalti penyerang Uruguay, Luis Suarez. - Foto AFP SALVADOR, Brazil: Penjaga gol Peru, Pedro Gallese menyelamatkan sepakan penalti Luis Suarez ketika membantu Peru menewaskan Uruguay 5-4 menerusi penentuan penalti di suku akhir Copa America pagi tadi sekali gus mara ke separuh akhir bertemu Chile, Rabu ini. Edison Flores menyumbat gol penentuan Peru yang sebelum ini dibelasah 5-0 oleh Brazil. Mereka mara ke separuh akhir buat kali ketiga dalam empat kempen Copa America. Ia malam cemerlang buat Gallese sekali gus menebus kekecewaaan ketika membenarkan Brazil mengaibkan mereka pada perlawanan peringkat kumpulan sebelum ini. "Saya sangat bangga dengan pasukan ini, saya tidak tahu nak mengambarkannya menerusi ungkapan,” kata kapten Peru, Paolo Guerrero. "Banyak pihak mengatakan kami tiada peluang, tetapi hari ini kami membuktikanya mampu menandingi mereka. "Peru ada nafsu menang, Pe...

'Kami perhatikan kamu, Messi'

LIONEL Messi tidak berada pada tahap terbaiknya di Copa America namun pertahanan Brazil Thiago Silva berkata pasukannya tidak akan melepaskan perhatian mereka terhadap kapten Argentina itu walaupun seminit dalam perlawanan separuh akhir awal pagi Rabu. “Dia pemain terbaik dunia dan masih mampu melakukan kebangkitan,” kata Silva pada sidang media awal pagi tadi menjelang pertemuan Copa pertama membabitkan kedua-dua pasukan sejak final 2007 di mana Brazil menang 3-0. “Kami akan sentiasa memerhatikannya ketika kami mendapat bola dan sebaliknya. Kadangkala dia hanya kelihatan berjalan ketika perlawanan tetapi dia sentiasa mencari ruang untuk melakukan serangan balas. “Satu penghormatan dapat bertemu dengannya lagi dan kami akan cuba untuk menghalang pergerakannya.” Messi hanya menjaringkan satu gol dalam kejohanan itu -menerusi penalti- dan mengakui dia tidak bermain pada tahap terbaiknya. Dia hanya melakukan tiga percubaan ketika pasukannya menang 2-0 ke atas Venezuela ...

Tangisan penyesalan Suarez

LUIS Suarez mengalirkan air mata selepas kegagalannya menyempurnakan sepakan penalti menyaksikan Uruguay tersingkir daripada Copa America di tangan Peru awal pagi tadi, apabila juara 15 kali itu tewas 4-5 menerusi penentuan penalti selepas tiga gol dibatalkan dalam perlawanan yang berakhir seri tanpa jaringan. Suarez mensia-siakan sepakan penalti pertama itu apabila percubaannya melantun di dada penjaga gol Peru Pedro Gallese, untuk melengkapkan malam penuh kecewa buat penjaring terbanyak sepanjang zaman Uruguay itu, yang jaringannya turut dibatalkan kerana ofsaid. Semua pemain lain menyempurnakan sepakan penalti mereka dan Edison Flores memastikan Peru mara ke kelompok empat terakhir dengan rembatannya melepasi Fernando Muslera. Suarez yang berusaha untuk kembali cergas selepas menjalani pembedahan lutut pada Mei bagi membolehkannya menyertai Copa menutup wajahnya dengan jersi dan dipujuk rakan sepasukan selepas gagal pada penentuan sepakan penalti. “Luis sungguh sedi...

Gallese buat Suarez, Uruguay merana

PENJAGA gol Pedro Gallese menyelamatkan sepakan penalti Luis Suarez ketika Peru menewaskan Uruguay menerusi penentuan penalti awal pagi tadi untuk mara ke separuh akhir Copa America di mana mereka akan berdepan Chile. Edison Flores menjaringkan penalti kemenangan ketika Peru, yang dibelasah Brazil 5-0 dalam perlawanan sebelumnya mara ke separuh akhir buat kali ketiga dalam empat edisi terakhir Copa. Ia satu kebangkitan menakjubkan buat Gallese, yang sebelum ini dilabel petualang kerana dibelasah tuan rumah, memberikan Brazil gol kedua dengan melorongkan bola terus ke arah Roberto Firmino, malah turut menyumbang kesilapan yang menyumbang gol pertama dan ketiga. Namun di Salvador, dia menyedari bahawa cara terbaik untuk menyelamatkan penentuan penalti untuk menafikan penyerang Barcelona Suarez selepas pengambil sepakan penalti Peru langsung tidak melakukan kesilapan. “Saya berbangga dengan pasukan kami, sukar untuk diluahkan dengan kata-kata,” kata kapten Peru Paolo Guerrero...

Argentina mara ke separuh akhir

RIO DE JANEIRO - Jurulatih Argentina, Lionel Scaloni mempertahankan kapten, Lionel Messi meskipun bintang Barcelona itu menampilkan aksi kurang meyakinkan pada saingan Copa Amerika 2019. Meskipun hanya menja­ringkan satu gol setakat ini, namun Messi berjaya menge­tuai Argentina mara ke separuh akhir selepas membantu pasukan itu mencatat kemenangan 2-0 ke atas Venezuela pada aksi suku akhir di Stadium Maracana awal pagi semalam. Pada perlawanan tersebut, penyerang Inter Milan, Lautaro Martinez dan pemain tengah, Giovani Lo Celso masing-masing menjaringkan satu gol bagi membawa skuad La Albiceleste itu ke pusingan empat pasukan terbaik. “Saya fikir masih ramai orang yang sependapat dengan saya apabila menganggap kehadiran Messi di atas padang memberi kelebihan kepada Argentina dalam setiap perlawanan. “Sekiranya anda semua boleh lihat sumbangannya dalam bilik persalinan selain mengambil kira peranannya membantu rakan sepasukan di atas padang, mungkin anda tidak akan cuba ...

Messi pemain terbaik dalam sejarah

BINTANG Argentina, Lionel Messi (kiri) dikawal ketat pemain Qatar, Almoez Ali sewaktu beraksi dalam perlawanan peringkat Kumpulan B pada Copa America di Gremio Arena, Porto Alegre, Brazil, hari ini. - AFP BELO HORIZONTE - Thiago Silva melabelkan Lionel Messi sebagai pemain terbaik dunia sepanjang hayat menjelang aksi separuh akhir Copa America menentang Argentina. Messi menjadi sasaran krtikan sebagai gagal beraksi cemerlang sepanjang kempen Copa America walaupun Argentina berjaya ke saingan empat pasukan terbaik dalam edisi kali ini. Silva berkata, tiada sebarang keraguan bahawa bintang Barcelona yang juga pemenang Ballon d’Or lima kali ini wajar diangkat sebagai pemain terbaik. “Bagi saya, Messi adalah pemain terbaik dalam sejarah, terbaik yang pernah saya lihat. “Tetapi kini pertembungan Brazil dan Argentina. Kita simpan dahulu rasa kagum itu dalam perlawanan lain,” katanya. Brazil turut berdepan kesukaran sebagai tuan rumah apabila sering diejek penyokong ...

Gareca puji kesungguhan Peru

LUIS SUAREZ menangis kesedihan selepas gagal membawa Uruguay ke separuh akhir Copa America. SALVADOR - Pengendali Peru, Ricardo Gareca memuji kesungguhan pasukannya selepas menyingkirkan Uruguay menerusi penentuan penalti untuk melangkah ke separuh akhir Copa America. Penjaga gawang, Pedro Gallese menyelamatkan sepakan Luis Suarez sebelum Edison Flores memastikan kemenangan mereka selepas kedua-dua pasukan terikat seri tanpa jaringan dengan tiga gol Uruguay dibatalkan kerana ofsaid. Peru akan berdepan Chile dalam aksi separuh akhir di Porto Alegre. “Ini adalah saingan luar biasa menentang apsukan yang kuat. “Mereka menunjukkan kesungguhan untuk menang. Penting untuk mereka bekerja keras dan kami harap dapat beraksi lebih baik daripada Chile selepas ini,” kata Gareca. Gareca turut memberi pujian istimewa kepada Gallese yang sebelum ini menjadi sasaran kritikan selepas tewas 0-5 kepada Brazil dalam aksi kumpulan. “Gallese memberikan kelainan. Dia adalah penjaga gol...