Pular para o conteúdo principal

Postagens

Mostrando postagens de maio, 2019

Rodriguez dalam senarai skuad Colombia

KAPTEN Colombia, James Rodriguez disenaraikan dalam skuad kebangsaan negara itu untuk aksi Copa Amerika di Brazil bulan depan walaupun kebimbangan terhadap prestasi dan kecergasan pemain itu. Bintang Bayern Munich itu berjaya beraksi dalam 90 minit permainan hanya tiga kali dalam Bundesliga musim ini dan terlepas empat daripada lima perlawanan terakhir kelab itu berikutan beberapa kecederaan otot yang dialami. Dia turut berdepan masalah kecederaan betis ketika Piala Dunia di Russia tahun lalu selepas Colombia disingkirkan dalam kelompok 16 pasukan terakhir. “Kami mempunyai jurulatih peribadi kepada James dan kami mempunyai 15 hari untuk membuat persediaan bagi perlawanan pembukaan menentang Argentina,” kata jurulatih Carlos Queiroz. “Saya pastinya gembira jika James dapat beraksi banyak perlawanan. Pemain lain yang berada dalam senarai akhir 23 pemain termasuk sayap Juventus, Juan Cuadrado dan penyerang Duvan Zapata, yang juga penjaring kedua terbanyak di Serie...

Neymar sentap... tarik sampai jatuh [VIDEO]

NEYMAR berang selepas ‘dimalukan’ oleh kemahiran menggelecek pemain muda, Weverton ketika skuad Brazil menjalani latihan menghadapi Copa America. Penyerang PSG itu dipermainkan ketika dia bersama rakan sepasukan berlatih dengan skuad Tite untuk menghadapi saingan kejohanan benua Amerika Selatan itu. Neymar yang dilucutkan lilitan kapten Brazil, digantikan oleh Dani Alves berikutan beberapa isu mengenai disiplin. Pemain berusia 27 tahun itu berharap mendapat kepercayaan Tite apabila berlatih bersama skuad penuh negara itu, minggu ini. Bagaimanapun, Neymar membiarkan kemarahannya meledak selepas menarik bib Weverton, 19, sehingga dia terjatuh kerana terlalu ‘menunjuk-nunjuk’ ketika latihan. Selepas mendapat bola, pemain Cruzeiro itu berjaya melarikannya melepasi kaki penyerang PSG itu. Neymar serta-merta menarik bib pemain terbabit menyebabkannya terjatuh. Weverton yang tertiarap di padang terkejut selepas bekas pemain Barcelona itu tidak ambil peduli sebal...

Suarez tersenarai dalam barisan Uruguay

LUIS SUAREZ LONDON 31 Mei - Luis Suarez berada dalam senarai akhir 23 pemain Uruguay untuk bersaing pada Copa America biarpun sedang melalui fasa pemulihan daripada pembedahan lutut. Suarez terlepas dalam aksi kekalahan mengejut Barcelona kepada Valencia pada perlawanan akhir Copa del Rey hujung minggu lalu selepas menjalani pembedahan di meniskusnya. Bagaimanapun Suarez disenaraikan dalam skuad bimbingan Oscar Tabarez untuk kemepen Copa America Khamis ini, dengan turut menyenaraikan penyerang Paris Saint-Germain (PSG), Edinson Cavani, yang sering mengalami kecederaan sepanjang musim 2018-19. Pemain pertahanan Atletico Madrid, Diego Godin antara bintang lain yang tersenarai, di samping gandingannya kelab Sepanyol itu, Jose Gimenez. Pemain tengah Arsenal, Lucas Torreira, Matias Vecino (Inter Milan) dan dua Juventus, Martin Caceras serta Rodrigo Bentancur antara pemain yang yang disenaraikan.- AGENSI

Messi masih 'sayang' Argentina - Aguero

LIONEL Messi ketika sesi latihan di Ezeira, Buenos Aires. - Foto Reuters BUENOS AIRES: Lionel Messi masih ‘sayang’ skuad kebangsaan Argentina sekali pun mengharungi sedekad kekecewaan, kata rakan senegaranya Sergio Aguero menjelang kempen Copa America di Brazil, bulan depan. Sekalipun kabinet kedua-dua penyerang berbisa itu dipenuhi trofi di peringkat kelab, Messi dan Aguero tidak berjaya mengikutinya bersama skuad kebangsaan. Messi yang juga penjaring gol terbanyak sejarah Argentina dan Aguero berada dalam skuad kebangsaan yang tewas tiga aksi final kejuaraan utama berturut-turut bermula pada Piala Dunia 2014, Copa America 2015 dan Centenario Copa America 2016. Messi juga berada dalam skuad Argentina yang tumbang pada final 2007 kejohanan benua itu. Kekecewaan pemenang lima kali anugerah Ballon d'Or itu bersama skuad kebangsaan diketahui umum dan di usia 31 tahun, peluangnya untuk merangkul gelaran utama untuk negaranya mulai merosot. Dia pernah b...

Cedera tak halang Uruguay senarai Suarez

Luis Suarez. - Foto EPA MONTEVIDEO, Uruguay: Bintang Barcelona, Luis Suarez tetap disenarai Uruguay bagi menghadapi Copa America sekali pun baharu menjalani pembedahan lutut, tiga minggu lalu. Penyerang berusia 32 tahun itu diragui akan beraksi di kejohanan serantau Amerika Selatan itu di Brazil yang bermula pada 14 Jun selepas menjalani pembedahan pada 9 Mei lalu untuk memperbaiki ‘kecederaan miniscal dalaman’ yang dialaminya. Barcelona sebelum ini berkata dia akan tersisih ‘di antara empat ke enam minggu.’ Begitupun, tempoh berkenaan kurang lima minggu sebelum perlawanan pertama Uruguay, yang dijadual menentang Ecuador pada 16 Jun ini di Belo Horizonte. Jurulatih Uruguay, Oscar Tabarez yakin ketajaman Suarez tidak akan berkarat sekali pun sudah lama tidak beraksi. “Dia amat profesional dan mempunyai sejarah yang bagus dengan pemulihan,” katanya. Suarez terlepas dua aksi liga terakhir Barca dan final Piala Raja Sepanyol pada 25 lalu yang menyaksikan kelabnya tewas...

Suarez cedera, tetap disenarai

BINTANG Barcelona, Luis Suarez disenaraikan dalam skuad Copa America Uruguay semalam sekalipun menjalani pembedahan lutut hanya tiga minggu lalu. Penyerang berusia 34 tahun itu diragui boleh beraksi pada kejohanan benua itu yang bermula di Brazil pada 14 Jun ini selepas menjalani pembedahan pada 9 Mei lalu. Barcelona menyatakan dia terpaksa berehat “antara empat hingga enam minggu.” Ia lima minggu sebelum perlawanan pertama Uruguay, menentang Ecuador pada 16 Jun ini di Belo Horizonte. Jurulatih Oscar Tabarez yakin Suarez mampu berada pada tahap kecergasan terbaik apabila dipanggil walaupun dia berehat ketika ini. “Dia amat profesional dan mempunyai sejarah yang baik dari segi pemulihan,” katanya kelmarin. Dengan Suarez disenaraikan, tiada kejutan besar dalam skuad 23 pemain pilihan Tabarez ketika pemain bintang Edinson Cavani, penyerang Paris Saint-Germain dan pertahanan tengah Diego Godin, yang meninggalkan Atletico Madrid selepas sembilan tahun, turut disenarai. Pe...

Messi tetap 'ghairah'

LIONEL Messi masih “sayang” pasukan kebangsaan Argentina di sebalik kekecewaan lebih sedekad, menurut rakan sepasukan Sergio Aguero semalam ketika mereka bersiap sedia menghadapi Copa America di negara jiran Brazil. Di sebalik kabinet trofinya dipenuhi dengan kejayaan di kelab, kedua-dua Messi dan Aguero mengalami kepedihan bersama pasukan kebangsaan Argentina. Messi, penjaring gol terbanyak Argentina sepanjang zaman dan Aguero adalah sebahagian daripada skuad Argentina yang kalah tiga aksi final kejohanan utama dalam tahun berturut-turut pada Piala Dunia 2014, Copa America 2015 dan Copa America Centenario 2016. Messi turut muncul naib juara pada kejohanan sebenua itu pada 2007. AGUERO (kanan) dicabar Guido Pizarro ketika latihan. — FOTO Reuters Kekecewaan pemenang Ballon d’Or lima kali itu bersama pasukan kebangsaan sudah dimaklumi dan pada usia 31 tahun dia kesuntukan masa serta peluang untuk memenangi kejuaraan utama antarabangsa bersama negaranya. Dia pern...

Neymar kini bukan kapten Brazil

Dani Alves mendapat kepercayaan menjadi ketua pasukan Brazil menghadapi Piala Copa Amerika 2019 ketika ketiadaan Neymar yang digantung tiga perlawanan. - AFP LONDON 28 Mei - Prestasi yang kurang meyakinkan pada musim ini mungkin menjadi salah satu faktor Neymar terpaksa menyerahkan lilitan kapten Brazil kepada Dani Alves bagi aksi kempen Copa Amerika pada bulan depan. Bekas penyerang Barcelona itu berdepan musim menghampakan pada tahun ini yang turut menyaksikan jurulatih, Paris Saint-Germain (PSG), Thomas Tuchel, turut meminggirkan pemain berkenaan daripada tugasan kapten. Neymar berdepan penggantungan tiga perlawanan gara-gara menyerang penyokong pasukan lawan ketika tewas kepada Rennes dalam final Coupe de France, bulan lalu. Pemain berusia 27 tahun itu turut terbeban dengan harapan tinggi yang diletakkan di bahunya ketika Selecao kandas dalam suku akhir Piala Dunia tahun lalu. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Konfederasi Bolasepak Brazil (CBF) memaklumkan per...

Kasihan Neymar... [VIDEO]

NEYMAR dilucutkan lilitan kapten Brazil untuk saingan Copa America bermula bulan depan. Skuad itu akan mempunyai kapten baru dan dia akan digantikan oleh rakan sepasukan, Paris Saint-Germain (PSG), Dani Alves. Copa America akan dilangsungkan bermula 14 Jun hingga 7 Julai dengan Brazil selaku tuan rumah. Brazil yang tidak memenangi gelaran itu sejak 2007 akan membuka kempen menentang Bolivia di Sao Paulo sebelum berdepan Venezuela dan Peru. “Daniel Alves akan menjadi kapten pasukan kebangsaan Brazil pada perlawanan persahabatan menentang Qatar serta Honduras dan Copa America Brazil 2019,” menurut persekutuan bolasepak negara itu (CBF) dalam kenyataan, hari ini. Jurulatih Brazil, Tite memberitahu Neymar, Sabtu lalu, dia tidak akan menjadi kapten Brazil di Copa America. Neymar digantung tiga perlawanan oleh pihak berkuasa bolasepak Perancis, awal bulan ini kerana memukul peminat selepas PSG tewas pada Stade Rennes pada final Piala Perancis. Dia juga dilaporkan...

Alves kapten baru Brazil ganti Neymar

DANI Alves menggantikan Neymar sebagai kapten skuad kebangsaan Brazil pada Copa America, menurut pengumuman persekutuan bola sepak negara itu (CBF) hari ini. "Keputusan disampaikan kepada Neymar oleh jurulatih Tite, kelmarin,” kata CBF dalam satu kenyataan mengenai penyerang itu yang digantung tiga perlawanan selepas hampir bergaduh dengan penonton susulan kekalahan mengejut Paris Saint-Germain kepada Rennes pada final Piala Perancis awal bulan ini. Juara lapan kali Brazil menentang Bolivia, Venezuela dan Peru dalam peringkat kumpulan bermula 14 Jun depan selepas berdepan dua aksi persahabatan menentang Qatar dan Honduras. Neymar, 27, terlepas kekalahan memalukan 1-7 kepada Jerman pada separuh akhir Piala Dunia 2014 akibat kecederaan dialami pada aksi peringkat kumpulan. Setahun sebelum itu dia dipilih pemain terbaik Piala Konfederasi yang dimenangi Brazil buat kali keempat.

Alves ganti Neymar jadi kapten Brazil

Dani Alves mendapat kepercayaan menjadi ketua pasukan Brazil menghadapi Piala Copa Amerika 2019 ketika ketiadaan Neymar yang digantung tiga perlawanan. - AFP RIO DE JANEIRO 28 Mei - Ketiadaan Neymar akibat penggantungan tiga perlawanan memaksa skuad kebangsaan Brazil memilih Dani Alves menggantikan penyerang termahal dunia itu sebagai ketua pasukan. Ini bermakna Alves akan mengetuai cabaran Brazil pada saingan Piala Copa Amerika edisi ke-46 yang akan berlangsung di negara itu dari 14 Jun hingga 7 Julai ini. “Keputusan ini dibuat selepas jurulatih, Tite berbincang dengan Neymar,” kata Persekutan Bolasepak Brazil (CBF) menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan. Neymar, 27, digantung Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) selepas terlibat menyerang penonton susulan daripada kekalahan mengejut Paris Saint Germain (PSG) kepada kelab Rennes dalam saingan Piala Perancis awal bulan ini. Brazil yang merupakan juara lapan kali Piala Copa Amerika diundi dalam satu kumpulan d...

Dani Alves kapten Brazil di Copa America

DANI Alves. - Foto AFP SOA PAULO: Dani Alves hari ini dilantik sebagai kapten Brazil yang baharu menggantikan Neymar pada Kejohanan Copa America, yang akan berlangsung selama sebulan di Brazil bermula bulan depan. Sebelum ini, bintang Paris Saint-Germain (PSG), Neymar dipilih sebagai kapten oleh pengendali Brazil, Tite pada September 2018. Bagaimanapun, hari ini dia digantikan dengan Alves yang berusia 36 tahun. Persatuan Bolasepak Brazil (CBF) menerusi kenyataan menyatakan: "Keputusan itu sudah dimaklumkan Tite kepada Neymar Sabtu lalu." Pengumuman itu hadir selepas keributan yang berlaku dalam kem PSG, yang menyaksikan pengendalinya, Thomas Tuchel turut melucutkan lilitan kapten dari lengan baju Neymar. Neymar – yang menyumbat 23 gol dalam semua kejohanan musim ini sejurus sembuh dari kecederaan kakinya, digantung tiga perlawanan Ligue 1 angkara bergaduh dengan penyokong lawan selepas PSG kalah di tangan Rennes dala...

Argentina harap Suarez segera pulih demi Copa America

PENYOKONG Uruguay mengenakan topeng jurulatih Oscar Tabarez (kanan) dan penyerang Luis Suarez ketika perlawanan suku akhir Piala Dunia 2018 Rusia menentang Perancis di Stadium Nizhny Novgorod, Julai lalu.- AFP LONDON 25 Mei - Jurulatih Uruguay, Oscar Tabarez yakin bintang Luis Suarez akan cergas sepenuhnya bagi menghadapi kempen Copa America di Brazil nanti. Suarez, yang menjaringkan 25 gol dalam semua pertandingan musim ini, akan terlepas aksi akhir Copa del Rey menentang Valencia hari ini (esok pukul 3 pagi waktu Malaysia) selepas menjalani pembedahan lutut. Ketiadaan pemain kebangsaan uruguay itu akan menyaksikan Barcelona tanpa penyerang tulen selepas juara Sepanyol itu bergelut untuk mencari pelapis Suarez sepanjang musim ini. Pembedahan tersebut meletakkan Suarez dalam situasi tidak menentang untuk Copa America bulan depan, dengan Uruguay bersedia menentang Ecuador pada 16 Jun ini. Tabarez bagaimanapun sangat berharap penyerang veteran itu mampu kembal...

Neymar balik awal

PENYERANG handalan Neymar akan menyertai latihan skuad Brazil untuk Copa Amerika esok, tiga hari lebih awal yang dijadualkan menurut kenyataan rasmi hari ini. “Dia akan tiba esok di antara jam 11 pagi hingga tengahari (waktu tempatan), “ kata pegawai media persekutuan bola sepak Brazil Vinicius Rodrigues di Kompleks Granja Comary di Teresopolis berhampiran Rio de Janeiro. Neymar, pemain termahal dunia dijangka tiba pada 28 Mei, enam hari selepas Brazil memulakan persiapan untuk kejohanan itu. Tiada penjelasan diberikan berhubung pertukaran itu. Media menjangkakan Neymar tiba lebih awal selepas tidak kelihatan pada sesi latihan PSG yang dibuka kepada media. Rakan sepasukannya Marquinhos dan Thiago Silva, yang juga sebahagian daripada skuad Brazil, turut berada di sana. Ketika ditanya sama ada Neymar dilepaskan daripada latihan, jurulatih Thomas Tuchel berkata ‘bukan oleh saya’. Neymar diketepikan daripada dua perlawanan terakhir PSG musim ini dan Trofi Juara-Jua...

Neymar dapat pelepasan awal PSG

Neymar TERESOPOLIS, Brazil: Pemain bintang Brazil, Neymar dijangka menyertai latihan skuad Brazil untuk berdepan kejohanan Copa Amerika esok, tiga hari lebih awal selepas diberi pelepasan oleh kelab Paris St Germain (PSG), Perancis. Pegawai media Persekutuan Bolasepak Brazil, Vinicius Rodrigues berkata, penyerang Brazil itu dijangka tiba ke tanah selepas berlaku perubahan jadual penerbangan. “Dia akan tiba esok di antara jam 11 pagi hingga tengahari (waktu tempatan), “ kata Rodrigues di Kompleks Granja Comary di Teresopolis, dekat Rio de Janeiro. Neymar, selaku pemain termahal dunia pada asalnya dijangka tiba pada 28 Mei, enam hari selepas Brazil memulakan persiapan untuk kejohanan itu, namun tiada penjelasan diberikan berhubung perubahan jadual pemain itu. Media Brazil dapat menghidu kepulangan awal Neymar apabila dia tidak kelihatan pada sesi latihan PSG yang berdepan Reims pada aksi terakhir Ligue 1. Rakan sepasukannya Marqu...

Skuad Argentina ke Copa America 2019 nanti 🔥⚽️ .

Skuad Argentina ke Copa America 2019 nanti 🔥⚽️ . Diharap Messi dapat bawak rakan2x ke jalan yg benar 💪🏻. . HAII GUYS DIJEMPUT FOLLOW 👉  @alhaarizexclusive  utk dapatkan kurta  #slimfit  raya 2019 👉  @jerseyteam_by_ahmsport  utk dapatkan Jersi Team lawar2x 👉  @ahmsport.feedback  lihat semua feedback customer disini. View this post on Instagram Skuad Argentina ke Copa America 2019 nanti 🔥⚽️ . Diharap Messi dapat bawak rakan2x ke jalan yg benar 💪🏻. . HAII GUYS DIJEMPUT FOLLOW 👉 @alhaarizexclusive utk dapatkan kurta #slimfit raya 2019 👉 @jerseyteam_by_ahmsport utk dapatkan Jersi Team lawar2x 👉 @ahmsport.feedback lihat semua feedback customer disini. A post shared by Your Expert Jersey Shop 😘 (@ahmsport) on May 21, 2019 at 3:40pm PDT

Gabriel, Fernandinho lapor diri

BINTANG Brazil dari kiri Fernandinho, Gabriel Jesus dan Casemiro di pusat latihan skuad kebangsaan Brazil, Rabu lalu. - AGENSI LONDON 23 Mei - Juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Gariel Jesus dan Fernandinho kelihatan tersenyum sewaktu kedua-dua pemain Manchester City itu melaporkan diri menyertai kem latihan Brazil. Selepas beberapa hari meraikan kejayaan City merangkul trebel domestik, kedua-dua pemain itu kembali bekerja memandangkan kempen Copa America 2019 bakal berlangsung tidak lama lagi. Tidak membuang masa, mereka berdua segera menyertai latihan pasukan di gimnasium dekat Kompleks Bola Sepak Granja Comary, ibu pejabat skuad kebangsaan Brazil. Skuad The Selecao masih mempunyai masa untuk mempersiapkan pasukan memandangkan kejohanan itu berlangsung pada 14 Jun ini. Brazil merupakan tuan rumah diletakkan dalam Kumpulan A bersama Bolivia, Venezuela dan Peru berharap dapat memenangi trofi kejohanan buat kali pertama sejak 2007. Pengurus Barzil, Tite mengakui dia ...

Brazil siap sedia hadapi Copa America

TUAN rumah Copa America, Brazil memulakan persiapan bagi kejohanan itu di pusat latihan mereka di Teresopolis awal pagi tadi di sebalik ketiadaan ramai pemain utama. Hanya tujuh pemain hadir di kompleks bola sepak Granja Comary dekat Rio de Janeiro bagi minggu pertama latihan. Neymar, pemain paling mahal di dunia, dijangka hadir pada 28 Mei ini di samping rakan sepasukan PSG, Dani Alves, Thiago Silva dan Marquinhos. Pemain sayap Everton, Richarlison adalah pemain pertama yang hadir awal pagi tadi JURULATIH Brazil, Tite (kiri) memeriksa padang latihan di Granja Comary, Teresopolis. — FOTO EPA “Saya mahu ke padang seberapa segera untuk berlatih, saya amat gembira untuk berada di sini bersama skuad, ia satu saat unik,” kata Richarlison dalam satu kenyataan persekutuan bola sepak Brazil. Richarlison disertai pemain Ajax Amsterdam, David Neres, seorang lagi penyerang berusia 22 tahun. Fernandinho, Gabriel Jesus dan Casemiro tiba lewat hari ini manakala Ederson dan F...

Brazil mula latihan Copa America

KOMPLEKS bola sepak Granja Comary. - Foto EPA TERESOPOLIS, Brazil: Tuan rumah Copa America, Brazil memulakan persiapan untuk temasya berkenaan dekat pusat latihan di Teresopolis hari ini walaupun tidak disertai ramai pemain utama. Hanya tujuh pemain dijangka tiba di kompleks bola sepak Granja Comary dekat Rio de Janeiro untuk minggu pertama latihan. Neymar, pemain paling mahal dunia dijangka akan tiba pada 28 Mei bersama rakan sepasukan PSG, Daniel Alves, Thiago Silva dan Marquinhos. Pemain sayap Everton, Richarlison menjadi pemain pertama tiba hari ini. “Saya mahu segera berada di padang untuk berlatih, saya gembira berada di sini bersama skuad, ia saat yang unik,” kata Richarlison dalam kenyataan dikeluarkan persekutuan bola sepak Brazil. Richarlison disertai penyerang berusia 22 tahun Ajax Amsterdam, David Neres. Fernandinho, Gabriel Jesus dan Casemiro dijangka akan tiba lewat hari ini manakala Ederson dan Filipe Luis esok. Alisson dan Robert...

Messi, Aguero, Di Maria perkuatkan Argentina

LIONEL Messi, Sergio Aguero ketuai Argentina hadapi Copa America 2019 yang bakal bermula pertengahan Jun ini.- REUTERS BUENOS AIRES 22 Mei - Kapten Barcelona, Lionel Messi dan penyerang sensasi Manchester City Sergio Aguero mengetuai senarai 23 pemain skuad Copa America selepas diumumkan jurulatih Argentina, Lionel Scaloni, hari ini. Pemain sayap Paris Saint-Germain (PSG), Angel Di Maria turut disenaraikan namun aksi yang tidak konsisten Gonzalo Higuain, yang dipinjamkan di Chelsea dari Juventus disisihkan daripada skuad negaranya. “Inilah pemain terbaik bagi satu masa penting buat pasukan kebangsaan,” kata Scaloni menjelang kejohanan yang dianjurkan oleh Brazil sebagai tuan rumah, bermula 14 Jun depan. Argentina akan beraksi dalam Kumpulan B yang turut dibarisi pasukan Colombia, Paraguay dan pasukan jemputan Qatar, hos Piala Dunia 2022 dan juara Asia. Messi, yang hanya kembali ke pangkuan skuad Argentina Mac lalu selepas lapan bulan tidak beraksi susulan Piala...